Jin memang wujud.
Orang Islam wajib percaya akan wujudnya makhluk jin karena ia disebut di dalam
Al Quran. Firman Allah:
Maksudnya; "Tidak
Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku".
(Az-Zaariat:56)
Tuhan ada berfirman
bahwa alam yang diciptaNya ada dua bentuk. Ada alam ghaib dan ada alam nyata
atau alam syahadah. Alam nyata ialah alam yang mata lahir dapat nampak. Alam
ghaib, mata lahir tidak dapat nampak tetapi dapat dirasakan oleh hati.
Merasakan wujudnya
alam ghaib dengan hati ada dua peringkat. Pertama, terasa akan adanya alam
ghaib itu. Yaitu yakin dan percaya tentang alam ghaib semata-mata berdasarkan
rasa saja. Tidaklah sampai dapat melihat seperti mata lahir . Peringkat kedua
ialah hati dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Bukan sebatas rasa
saja tetapi mata bathin dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Yakni
betul-betul nampak.
Bila dikatakan alam
ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukan alam. Tuhan
itu tersendiri. Maha Suci Tuhan dari menyerupai alam. Alam adalah apa saja
selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu
Pencipta atau Khaliq. Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam.
Alam ghaib ini ada
beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat. Kedua alam jin dan
ketiga alam ruh muqaddasah. Malaikat diceritakan dalam Quran dan Hadis.
Malaikat lebih dahulu diciptakan dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala
jin dicipta dari api. Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena
cahaya lebih ringan dari api. Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai dari
jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga disebabkan malaikat
dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat dari jin.
Jin pula lebih dahulu
dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan daripada api, manusia dijadikan
daripada tanah. Sebab itu manusia berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat
pergerakannya. Sebab itu juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia.
Nisbahnya setiap sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan
jin pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .
Ruh muqaddasah pula
sebenarnya adalah manusia. Muqaddasah itu maksudnya suci. Roh muqaddasah ialah
ruh yang suci. Ruh muqaddasah atau ruh yang suci ini peranannya lebih kuat dari
peranan jasad. Ruh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari
fisiknya.
Ruh muqaddasah ini
pula, ada ruh orang yang masih hidup dan ada ruh orang yang sudah mati. Sebab
itu, tidak heran orang yang kasyaf kadang-kadang dapat melihat orang yang masih
hidup di suatu tempat sedangkan fisiknya yang sesungguhnya berada di tempat
lain. Ada juga orang kasyaf yang melihat ruh muqaddasah orang yang sudah mati.
Oleh karena umumnya ruh muqaddasah tidak dapat dilihat oleh mata kasar, maka ia
dikatakan ghaib juga.
Jadi , ruh muqaddasah
ini, walaupun fisik hidup atau mati, ruhnya sangat berperanan. Namun , ruh
muqaddasah orang yang sudah mati lebih berperanan dari ruh muqaddasah orang
yang masih hidup. Ini karena orang yang masih hidup masih terikat dengan jasad
lahir. Kalaupun ruhnya dapat keluar secara halus, secara mata tidak dapat
lihat, dia tetap masih terhubung dengan jasad lahirnya. Ini tidak berlaku
kepada ruh orang yang sudah mati. Itu sebab ruh muqaddasah orang yang sudah
mati lebih laju dan lebih aktif dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup..
Contohnya, kalau ada dua orang wali, yang kedua-duanya sudah menjadi ruh
muqaddasah, kalau seorang masih hidup dan seorang lagi sudah mati, ruh wali
yang sudah mati itu akan lebih berperanan, lebih aktif dan lebih laju bekerja
dari ruh wali yang masih hidup.
Berbalik kepada kisah
jin, dia ada dua peringkat. Ada jin Islam dan ada jin kafir. Jin ini pula macam
manusia juga. Dia ada bermacam-macam jenis, bangsa dan etnik. Tabiat bangsa dan
etnik jin inipun tidak sama di antara satu dengan lain.
Seperti juga manusia
yang banyak bangsa dan etnik, tabiat dan ragam asli antara etnik tidak sama.
Bangsa Cina dan Melayu ada watak-wataknya yang tersendiri. Orang Putih (Barat)
ada wataknya yang tersendiri pula. Bahkan etnik dalam satu rumpun bangsa pun
wataknya tidak sama. Orang Banjar dan orang Jawa, wataknya berbeza. Malahan
orang Melayu yang berlainan kawasan pun berbeda wataknya. Orang Melayu Johor
dan Melayu Kelantan lain. Mereka ini sedikit-sedikit ada perbedaan watak.
Begitu juga jin. Ada yang kasar dan ada yang lembut sedikit. Ada yang garang
dan ada yang sederhana.
Jin itu watak asalnya
jahat. Betapalah jenis yang kasar, dia lagi jahat. Sebab itu dikatakan,
sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kalau kita pilih seorang manusia
yang paling jahat, kalau dia jin, dia adalah yang paling baik.
Namun demikian,
jahatnya jin itu ada juga batasnya. Tidak ada jin yang sebegitu jahat sampai
mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Tidak ada pula jin yang
sebegitu baik sampai mengatasi baiknya Rasulullah dan para Nabi. Para Nabi dan
Rasul tidak diangkat dari kalangan jin. Umumnya jin lebih jahat dari manusia
tetapi tidak ada yang ekstrem jahatnya seperti Firaun dan Namrud dan tidak ada
yang ekstrem baiknya seperti Rasulullah SAW. Hanya manusia yang ada baiknya
secara ekstrem dan jahat secara ekstrem.
Jin ini melihat Iblis
dan bergaul bersama-samanya di alam ghaib. Jin Islam bergaul dengan jin kafir.
Mereka makan bersama, bekerja bersama, berniaga bersama, ada yang menikah
antara satu sama lain, sama-sama duduk dalam satu kantor, sama-sama jadi kerani
(clerk) dan sebaginya. Sebab itu jin Islam lebih banyak dirusakkan oleh jin-jin
kafir. Sebab mereka bergaul bersama dan mereka sama jenis. Mereka mudah
terpengaruh.
Macam kita manusia
juga, kalau bergaul dengan bangsa jahat seperti orang Barat dan Yahudi,
habislah kita jadi Barat dan Yahudi. Semuanya dapat bertukar jadi Barat dan
Yahudi. Yang tidak dapat bertukar hanyalah warna kulit dan bentuk hidung. Ini
musti buat operasi pelastik.
Jin kurang berhasil
dalam usaha merosakkan iman manusia berbanding iman sesama jin. Ini karena
manusia dan jin berlainan jenis, dan manusia tidak dapat nampak dan tidak dapat
bergaul dengan mereka. Itupun banyak manusia yang kafir, banyak yang zalim dan
yang fasik. Betapalah kalau jin dan manusia sama-sama dapat bergaul.
Bila jin menjadi
kafir, dia dipanggil syaitan. Syaitan itu maksudnya merasuk. Kerja jin kafir
atau syaitan ialah merasuk dan menyesatkan orang. Jin Islam tidak dapat dikatakan
syaitan.
Kehidupan jin
betul-betul macam manusia. Ada kerajaannya, ada masyarakat, ada kantornya, ada
mahkamahnya, ada nikah kahwin. Tempat tinggal jin ajaib dan aneh. Ada yang
tinggal di gunung-gunung, hutan-hutan, laut, kawasan sungai dan hulu-hulu sungai.
Ada juga jenis jin yang bergaul dengan manusia.
Jin yang tinggal di
suatu negara, biasanya ikut bahasa manusia setempat. Kalau di Tanah Arab, jin
berbahasa Arab, kalau di Tanah Melayu, jin berbahasa Melayu. Dia tidak tahu
bahasa Arab. Kalau jin yang duduk di Negara Cina maka bahasanya bahasa Cinalah.
Mereka pun belajar dan berguru dengan manusia.
Rupa asal jin sangat
hodoh (jelek) dan buruk. Ia menakutkan. Kalau manusia terlihat jin ini hidupnya
jadi huru hara dan ketakutan. Manusia tidak akan aman. Dengan rahmat Tuhan,
alam jin dihijab (ditutup) dari pandangan manusia. Tetapi alam manusia tidak
dihijab dari pandangan jin. Sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin.
Walaupun rupa asal jin
itu jelek tapi dia dapat menyerupai berbagai rupa. Dia dapat merupa benda
seperti kain, tas, batang kayu, binatang dan juga manusia, tetapi paling banyak
dia menyerupai binatang. Ini termasuklah ular, kala jengking, lipan dan
jenis-jenis binatang lain yang berbisa. Kalau dia menyerupai binatang seperti
ini, rupanya lebih aneh dan lebih hebat dari yang biasa. Kalau dia dibunuh
ketika dia sedang menyerupai binatang , dia akan mati.
Sebab itu Tuhan ajar
kita, kalau jumpa binatang berbisa di tengah jalan atau di dalam rumah, musti
berhati-hati. Jangan langsung bunuh walaupun dalam Islam hukumnya sunat. Usir
dua tiga kali dahulu. Kalau dia tidak lari baru dibunuh. Takut-takut dia adalah
jin yang sedang berubah bentuk. Kalau kita terus bunuh dan dia sebenarnya jin
yang sedang merupa, mungkin keluarganya akan marah dan akan bertindak terhadap
kita. Banyak orang yang dirasuk dan diganggu oleh jin disebabkan mereka ada
buat silap dengan jin. Kalau setelah dihalau dua tiga kali tetap juga tidak
pergi maka jelas itu bukan jin. Dapat kita bunuh.
Ada cerita dalam
kitab, seorang soleh telah membunuh seekor ular. Maka pada malamnya, dia
ditangkap dan dibawa oleh jin ke negeri jin. Di negeri jin itu berjalan hukum
Islam. Hakim jin itu pun Islam. Maka orang soleh dan keluarga jin yang dibunuh
oleh orang soleh tadi dibawa ke mahkamah. Bila perbicaraan bermula maka
menangislah keluarga jin sambil berkata kenapa ahli keluarga mereka dibunuh.
Bila hakim jin bertanya kepada orang soleh tersebut mengapa dia bunuh ular itu,
dia menjawab karena dalam ajaran Islam, sunat hukumnya saya membunuh ular dan
binatang-binatang yang berbisa. Saya buat atas arahan Tuhan dan saya dapat
pahala. Yang salah adalah orang Tuan. Kenapa dia merupa ular. Salah dialah.
Saya musti bunuh ular karena itu sunat hukumnya.
Hakim jin menghukum
bahwa yang salah dalam kes (kasus) ini bukan manusia tetapi pihak jin. Dia
batalkan tuduhan. Hakim arahkan polisi jin supaya mengembalikan orang soleh itu
kembali ke alam manusia. Kalau dia bukan orang soleh dan tidak dapat menjawab
sudah tentu dia kena hukum. Orang soleh itulah yang menulis kisah ini dalam
kitab. Hujah ini hujah yang kuat.
Umur jin sangat lama
berbanding umur manusia yang lebih kurang 63 tahun. Jin dapat hidup sampai 1500
tahun hingga 2000 tahun. Ada jin yang hidup di zaman Rasulullah SAW yang masih
hidup pada hari ini.
Makanan jin adalah wap
(uap) dari tulang dan tulang sum-sum binatang. Itu sebab dalam syariat Islam
makruh kita memakan tulang dan tulang som-som. Ada lagi cerita tentang jin
dalam kitab. Sesetengah orang soleh dapat menundukkan jin, mengguna dan memperalatkan
mereka. Kita tahu, dalam sejarah, ada sahabat yang hilang unta di padang pasir.
Di padang pasir banyak rijalul ghaib. Mereka berkata; Ya Rijalul ghaib,
kembalikan untaku yang hilang. Maka unta itu dikembalikan. Ini tawassul
namanya.
Pernah Rasulullah SAW
berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat dan singgah di suatu kampung jin.
Rasulullah beritahu para sahabat supaya tunggu dan jangan ikut, sebab dia mahu
masuk ke kampung jin untuk mengajar . Cerita ini masyhur dalam sejarah. Para
sahabat hanya melihat asap. Sebab adakalanya jin menyerupai asap karena dia
berasal dari api. Tetapi Rasulullah melihat betul-betul jin itu dan mengajar
mereka pula.
Ada cerita tentang
Nabi Sulaiman di dalam Quran yang hendak membawa istana Balqis dari Yaman ke
Palestin yang jauhnya beribu-ribu mil. Antara mukjizat Nabi Sulaiman
diperintahnya jin untuk membawa istana tersebut. Jin pun bari tahu dia akan
bawa istana itu kepada Nabi Sulaiman selama mana Nabi Sulaiman berubah tempat.
Tidakkah itu hebat.
Namun ada lagi yang
lebih hebat. Seorang wali Allah yang bernama Asif Barhaya yang turut berada
dalam majlis itu berkata saya dapat pindahkan istana Balqis ke hadapan tuan
dalam sekelip mata. Maka tertantang jin. Dia hendak ambil hati Nabi Sulaiman
dan hendak tunjuk bahwa dia gagah. Tetapi ada manusia bertaraf wali yang
menantang dia.
Rupanya di sini kalau
ruh muqaddasah bekerja, jin pun dapat kalah. Rasulullah dapat tundukkan jin.
Para wali juga dengan karomah mereka dapat menundukkan jin dengan kekuatan diri
mereka sendiri. Tetapi kalau ada murid yang dapat nampak jin atau dapat gunakan
jin, dan merasakan itu adalah karena berkat gurunya, maka dia akan selamat.
Yang tidak selamat biasanya orang yang kasyaf, nampak jin dan dapat guna jin
tapi tidak ada guru atau ada guru tetapi hatinya telah berubah. Dia rasa bukan
berkat gurunya lagi tetapi dia rasa dirinya sudah jadi wali, sudah ada karomah
sendiri. Itu yang rosak. Orang yang dapat arahkan jin dan nampak jin dengan
berkat gurunya, kalau dia berhadapan dengan jin yang garang sangat atau degil
sangat, maka biasanya ruh muqaddasah gurunya turut hadir atau dia jual nama
gurunya.
Begitulah rahsia jin.
Jin ada disebut dalam Quran dan dalam hadis. Siapa menolak kewujudan jin
ertinya dia menolak Quran dan Hadis. Jin macam malaikat juga. Quran kata ada,
adalah. Tetapi aneh, tentang malaikat banyak orang terima tetapi tentang jin
banyak orang tolak. Yang dikatakan orang Bunian, Kuntilanak, Pelesit, Tuyul,
Polong, Langsui, Hantu Raya dan berbagai-bagai lagi itu asalnya ialah jin. Oleh
karena sukunya dan perangainya tidak sama maka orang bedakan dengan nama-nama
yang berlainan.
Adapun orang yang
berhubung dengan jin atas dasar mukjizat dan karomah, maka dia kuat. Jin pun
takut dan hormat pada dia. Orang yang dapat berhubung dengan jin atas dasar
berkat tuan guru, dia tidak dapat sekali-kali terputus dengan gurunya. Orang
yang berusaha untuk berhubung dengan jin, itu dinamakan amalan atau ilmu
khadam. Bahaya ilmu dan amalan khadam ini, dia terpaksa tunduk dengan jin. Jin
akan bagi syarat buat begitu dan buat begini. Kadang-kadang arahan jin itu
bertentangan dengan syariat. Ini yang rusak.
Artikel ini adalah
bagian dari buku Siraman Minda yang berisi pemikiran dan ilham dari Abuya
Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi
No comments:
Post a Comment